Agama Dan Negara: Melangkaui Dua Pendekatan Yang Ekstrim

Authors

  • Prof. Madya Dr. Khalif Muammar Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS)

Keywords:

negara, sekularisme, ibn khaldun

Abstract

Dalam pandangan sekular, agama dan negara tidak boleh disatukan, atau diharmonikan kerana keduanya saling bertentangan. Maka faham sekularisme mengamalkan pemisahan atau dualisme dan dikotomi antara agama dan negara, sebagaimana mereka telah melakukan pemisahan antara agama dengan sains, wahyu dengan akal, dunia dengan akhirat. Agama dalam pandangan sekular berasaskan mitos, ketidakrasionalan, ilusi semata, sedangkan negara harus dibina berdasarkan kerasionalan, data-data empirik dan saintifik. Dakwaan kaum sekular bahawa agama tidak dapat diharmonikan dengan negara, dan agama pula tidak memberi ruang kepada pemikiran rasional dan saintifik adalah terbukti tidak benar. Dengan adanya kajian rasional dan saintifik seperti yang telah dilakukan oleh Ibn Khaldun, dakwaan mereka ternyata meleset. Malangnya, karya Ibn Khaldun ini kemudian dianggap pula oleh golongan sekular sebagai karya sekular, dan ditafsirkan mengikut kerangka sains sosial masa kini, dan bukan sebagai karya seorang ilmuwan Muslim yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Justeru kajian ini meneroka beberapa persoalan berhubung perkaitan di antara agama dan negara, menjelaskan definisi Negara Islam serta membahaskan tentang prinsip-prinsip asas yang perlu ada dalam sistem Negara Islam. Kajian ini berteraskan pendekatan analisis tekstual di mana perbahasan serta olahan dikaji secara kritikal dalam menyimpulkan prinsip asas berhubung Negara Islam

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Yusuf, Yaʻqub b. Ibrahim (1382 H.). Kitāb al-Kharāj. Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah.

El-Affendi, Abdelwahab (2008). Who Need An Islamic State? Kuala Lumpur: Malaysia Think Tank London via Silverfish Books.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1972) Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bukhari al-Jawhari (1992), Tāj al-Salāṭīn, ed. Khalid Hussain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Durayni, Fathi (1987). Khaṣā‟iṣ al-Tashrīʻ al-Islāmī fi al-Siyāsah wa al-Ḥukm. Beirut: Mu‟assasat al-Risalah.

Feldman, Noah (2008). The Fall and Rise of The Islamic State. New Jersey: Princeton University Press.

Al-Ghazali, Abu Hamid (1983). al-Iqtiṣād fi al-I„tiqād. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

________ (t.t.) Ihyā „Ulūm al-Dīn, Kaherah: Maktabah Fayyad, Dar al-Manar.

________ (1987). al-Tibr al-Masbūk fi Naṣīḥat al-Mulūk. Kaherah dan Beirut: Maktabah alKulliyyat al-Azhariyyah dan Dar Ibn Zaydun.

Hamidullah, Muhammad (1973). The Muslim Conduct of State.Lahore: Muhammad Ashraf.

Hasan Junus, Taufik Ikram Jamil, Elmustian, Syafrial Syamsuddin &Edi Ahmad (penyt.). (1996). Raja Ali Haji dan Karya-karyanya. Riau: Pusat Pengajian Bahasa dan Kebudayaan Melayu Universitas Riau.

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman (2004). Al-Muqaddimah. Beirut: Dar al-Fikr.

Imarah, Muhammad (2011). Al-Islām wa al-Siyāsah: al-Radd ʻAla Shubuhāt al-ʻIlmāniyyīn. Kaherah: Dar al-Salam.

Jelani Harun, (2009). Bustān al-Salāṭīn: A Malay Mirror for Rulers. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Lewis, Bernard (1988). The Political Language of Islam. Chicago: University of Chicago Press.

Al-Mawardi, (1989). al-Aḥkām al-Sulṭāniyyah, Ahmad Mubarak al-Baghdadi (ed.). Kuwait: Maktabah Dar Ibn Qutaybah.

Mufti, Muhammad Ahmad (1996). Arkān wa Ḍamānāt al-Ḥukm al-Islāmī. Beirut: Mu‟assasat alRayyan.

Raja Ali Haji, (1998). Tuḥfat al-Nafīs. Dikaji dan diperkenalkan oleh Virginia Matheson Hooker Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

________, (1304/1886). Thamarat al-Muhimmah Ḍiyāfah li al-Umarā‟ wa al-Kubarā‟ li Ahl alMaḥkamah. Lingga: Pejabat Kerajaan Lingga. Dicetak semula oleh Khazanah Fathaniyyah, Kuala Lumpur pada tahun 1999.

________. (1304/1886) Thamarat al-Muhimmah Ḍiyāfah li al-Umarā‟ wa al-Kubarā‟ li Ahl alMaḥkamah. Lingga: Pejabat Kerajaan Lingga. Terdapat di Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (no. 24859).

________. Muqaddimah fi Intiẓām Waẓā‟if al-Malik. Lingga: Pejabat Kerajaan Lingga, 1304.

Terdapat di Koleksi Melayu, Perpustakaan Universiti Malaya (No. 547818).

Al-Qaradawi, Yusuf (1997). Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islām. Kaherah: Dar al-Shuruq.

________. (2007) al-Dīn wa al-Siyāsah: Ta‟sil wa Radd Shubuhat. Kaherah: Dar al-Shuruq.

Al-Raniri, Nuruddin. Durr al-Farā‟id bi Sharḥ al-„Aqā‟id, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, MSS 3308.

Rida, Muhammad Rashid. 1988. Al-Khilāfah. Kaherah: al-Zahra‟ li al-I‟lam al-‟Arabi. Terbit pertama kali pada tahun 1922.

Al-Sanhuri, Abd al-Razzaq Ahmad (1993). Fiqh al-Khilāfah wa Taṭawwuriha. Kaherah: alHay‟ah al-Misriyyah al-‟Ammah li al-Kitab. Terbit pertama kali dalam bahasa Perancis pada tahun 1926.

Al-Wa‟i, Tawfiq (1996). Al-Dawlah al-Islāmiyyah Bayn al-Turāth wa al-Muʻāṣarah. Beirut: Dar Ibn Hazm.

Wan Mohd Nor Wan Daud, (1997). Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan ke-3.

Downloads

Published

2020-07-29

How to Cite

Muammar, K. (2020). Agama Dan Negara: Melangkaui Dua Pendekatan Yang Ekstrim. Jurnal Peradaban Islam, 1(1), 23-56. Retrieved from https://peradabanislam.com/jurnal/article/view/5

Issue

Section

Articles